Berita Hari Ini

Pinda Akta Hasutan untuk jaga kepentingan Islam

KUALA LUMPUR – Akta Hasutan perlu dipinda dengan memasukkan kepentingan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, ini supaya kedudukan Islam tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

“Sekarang ini Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan hanya memperuntukkan Perkara 152 dan 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Tetapi ia tidak menyebut mengenai Islam sebagai agama rasmi.

“Jadi kita mahu Islam sebagai agama rasmi dimasukkan ke dalam Seksyen 3(1)(f). Ini bagi memastikan tiada siapa yang boleh mempermainkan Islam,” katanya semasa ditemui selepas Mesyuarat Khas Gabungan NGO-NGO Melayu Perpaduan Nasional, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan memansuhkan undang-undang di bawah Akta Hasutan yang tidak membenarkan perbuatan mengkritik kerajaan.

Hal ini kerana, kata beliau, kerajaan selama ini tidak pernah menjatuhkan hukuman kepada pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

“Sekarang orang cakap macam-macam pasal kerajaan, tiada tindakan pun dikenakan.

“Jadi buat apa kekalkan undang-undang itu? Lebih baik mansuhkan agar kerajaan dilihat bersikap lebih terbuka selain selaras dengan amalan demokrasi,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");