Jenayah

Rompakan ATM: Bank komersial tingkat keselamatan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bank Malaysia (PBM) memberi jaminan kepada orang ramai bahawa anggota persatuan yang mempunyai rangkaian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berikutan beberapa kes rompakan ATM baru-baru ini.

PBM berkata, baki akaun dan maklumat pelanggan tidak terjejas dalam kejadian yang dilaporkan itu.

“Anggota persatuan telah meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan dan akan terus memantau dan mengambil langkah pencegahan bagi melindungi data pelanggan dan melindungi wang mereka dalam bank,” kata PBM dalam satu kenyatan hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi persatuan itu di ABMConnect melalui hotline dengan mendail 1-300-88-9980 atau e-mel pada eABMConnect dengan melayari www.abm.org.my. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");