Sukan Hari Ini

Rozaimi perkuat Bujang Senang?

PENYERANG Sabah, Rozaimi Abdul Rahman atau Amy dilaporkan semakin hampir menyertai pasukan jiran, Sarawak bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut sumber, bekas pemain harimau Muda A itu yang pernah muncul penjaring terbanyak kejohanan kelayakan Sukan Asia Bawah 22 pada 2011 dengan 10 gol membuat keputusan berhijrah dengan tujuan mencari angin baharu.

“Berita ini tidak menghairankan kerana Amy pernah bermain dengan Sarawak pada 2010. Apa yang pasti, dia akan meninggalkan Likas tahun ini.

“Memang satu kehilangan besar kepada pasukan Sabah. Bukan sahaja Amy, tetapi ada pemain berkualiti yang digugurkan dan tidak disambung kontrak serta harus mencari kelab baharu,” katanya.

Antara pencapaian terbaik diraih anak muda asal Bongawan itu, adalah membantu Selangor mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2012 dan memenangi anugerah penjaring terbanyak Pestabola Merdeka di Kuantan, Pahang tahun lalu.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");