Jenayah

Samun cari duit belanja kahwin

Kuala Lumpur: Seorang pelajar kolej swasta sanggup menyamar polis sebelum menyamun kononnya untuk mengumpul wang belanja perkahwinannya pada November depan.

Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 24 tahun yang dipercayai sudah menjalankan kegiatan jenayahnya sejak beberapa bulan lalu dan terbabit dengan sekurang-kurangnya 15 kes samun di sekitar Bandar Sunway berakhir apabila diberkas polis, Khamis lalu.

Sumber polis berkata, dalam kes terbaru kira-kira jam 6.50 pagi Khamis lalu, seorang jurujual lelaki yang menunggang motosikal bersendirian di Jalan Subang Utama dihimpit dari belakang oleh suspek yang kemudian memperkenalkan diri sebagai polis sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga milik mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sunway dan bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Bandar Sunway terserempak dengan suspek yang cuba menahan seorang wanita di Jalan Kewajipan SS 13 sebelum menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua berkata, pemeriksaan lanjut terhadap suspek membawa kepada penemuan sebilah pisau sepanjang 11 inci dan telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk menyamun mangsa.

“Siasatan juga mendapati suspek akan menyamar anggota polis untuk menyamun mangsa.

Suspek turut mengaku terbabit dalam beberapa kes samun menggunakan modus operandi sama di sekitar Bandar Sunway.

“Dengan penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes samun,” katanya kepada Harian Metro.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");