Sukan Hari Ini

Saya gembira gawang Liverpool tak bocor: Gerrard

1gerard_transformed

LONDON: Steven Gerrard menyuarakan rasa gembira dengan kejayaan benteng Liverpool mempertahankan gawang secara bersih daripada aksi menyerang mereka ketika menewaskan Tottenham Hotspur 3-0, semalam.

“Kami lebih lega dengan gawang yang tidak dibocori kali ini daripada corak serangan kami yang jelas hebat sekali lagi,” kata ketua pasukan itu.

“Kami tahu kami mampu mengancam, kami ada pemain berbakat dan gerakan padu. Cabaran untuk pasukan adalah untuk bertahan lebih baik. Ini adalah kelemahan yang kami kerap dikritik musim lalu.”

Liverpool merakamkan kemenangan kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi jaringan Raheem Sterling, Gerrard dan Alberto Moreno selepas tewas kepada Manchester City 3-1, Selasa lalu.

Tidak dinafikan serangan laju The Reds turut mengurangkan beban penyerang baharu, Mario Balotelli sebaliknya Sterling dengan aksi lincah mencuri tumpuan.

Spurs mungkin mengalami kekalahan besar andai Sterling yang memperdayakan sekurang-kurangnya tiga pemain pertahanan berjaya menolak masuk pada babak kedua tetapi malangnya bola terus ke dakapan penjaga gol, Hugo Lloris.

Sementara itu, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino yang sebelum ini mengemudi pasukan merakamkan dua kemenangan berturut-turut gagal mengilhamkan kemenangan berikut ketika anak didiknya mati langkah dengan serangan pantas dan padu Liverpool.

“Kami adalah pasukan yang masih belajar dan cuba meningkatkan tahap permainan,” katanya.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut gembira dengan kemenangan ini dan juga menghambur pujian kepada pemain pertahanan.

“Inilah apa yang saya minta daripada pemain pertahanan. Anda harus bertahan dengan baik dulu sebelum membantu pasukan menyerang,” katanya. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");