Sukan Hari Ini

Skuad hoki bersedia, tak goyang jumpa Pakistan

SKUAD hoki negara tidak gentar menghadapi Pakistan yang hadir selaku penyandang juara pada pertemuan separuh akhir yang akan berlangsung di Stadium Hoki Seonhak, petang esok.

Meskipun sedar berdepan misi sukar untuk merebut slot ke final Sukan Asia, anak buah Arul Selvaraj tetap optimis menghadirkan kejutan bagi menebus kekecewaan tumpas di final pada edisi empat tahun lalu di Guangzhou, China.

Menurutnya, pasukannya akan membuat persiapan seperti biasa yang dilakukan pada perlawanan terdahulu dan mengkaji corak permainan dan kelebihan pasukan lawan.

“Masa akan menentukan sama ada menang atau kalah. Ini bermakna kejayaan bergantung kepada perasaan, tahap keyakinan dan semangat berpasukan yang lahir dalam diri setiap pemain sebaik saja mereka melangkah masuk ke padang,” katanya.

Jika memenangi pingat emas, pasukan negara berpeluang layak secara automatik ke Olimpik, Rio De Janeiro di Brazil pada 2016 nanti.

Sementara itu, kapten pasukan, Azlan Misron berkata dia dan rakan-rakan sudah mula mengkaji corak permainan Pakistan sejak dari awal perlawanan.

“Tidak banyak kita tahu tentang mereka (Pakistan) kerana sudah lama kita tidak berhadapan dengan pasukan Pakistan dan kali terakhir jumpa pada perlawanan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru 2013,” katanya.

Azlan berkata, dia dan rakan sepasukan ada menonton beberapa perlawanan membabitkan pasukan Pakistan bagi melihat corak permainan mereka.

“Kita lihat perlawanan membabitkan pasukan Pakistan sekejap saja dan itu pun curi-curi tengok, daripada pemerhatian saya fikir kita perlu bersedia untuk menerima serangan balas pasukan Pakistan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");