Jenayah

Sorok ganja bawah beras

KAJANG – Bagi mengelakkan daripada dihidu pihak berkuasa, seorang lelaki warga Bangladesh bertindak menyorokkan seketul daun kering mampat disyaki ganja di bawah timbunan beras.

Bagaimanapun, taktiknya terbongkar selepas polis membuat serbuan di sebuah kedai runcit di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, di sini kira-kira jam 1.30 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat dipercayai berlaku pengedaran dadah di dalam kedai itu.

“Satu ketulan mampat disyaki ganja seberat 272.60 gram dalam kotak rokok disembunyikan di bawah timbunan beras,” katanya.

Pekedai itu, seorang warga Bangladesh berusia 37 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 11 tahun direman selama enam hari sehingga 19 September.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");