Perak Hari Ini

‘Spooky Halloween Season of Witches’ Tarikan Terbaru Lost World Of Tambun Sepanjang Oktober

Sepanjang Oktober depan, Lost World of Tambun (LWOT) dengan kerjasama Perak Society Performing Art (PSPA) akan menawarkan pengalaman yang menarik buat pengunjung melalui pementasan ‘Spooky Halloween Season of Witches’.

Pementasan yang sudah memasuki tahun kedua ini pastinya akan memberi keseronokan buat pengunjung yang berpeluang menjejakkan kaki ke LWOT, salah satu taman tema yang terkenal di negara ini.

Melalui kerjasama PSPA, persembahan dimeriahkan lagi dengan Ipoh Community Talent’s Witches Musical, Monster Parade dan Dance of Dead seperti drakula, manusia serigala, ahli sihir dan zombi pada hujung minggu sepanjang bulan Oktober.

Menurut Presiden PSPA, Datin Rosalina Ooi Thong, persembahan kali ini mengisahkan dua kanak-kanak nakal berjumpa dengan pelbagai makhluk pelik dan melalui pelbagai pengembaraan yang menarik untuk dikongsi bersama.

lost1

“Pengajarannya di sebalik cerita ini cukup mudah iaitu kita tidak memandang remeh nasihat orang dewasa,” katanya.

Jelasnya lagi, melalui pementasan ini, bakat anak Perak dapat diketengahkan sekaligus diharap mampu menarik lebih ramai pengunjung melawat LOWT di masa akan datang.

Bagi yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman menakutkan sempena perayaan Halloween, hubungi LOWT di talian 05-5428888 untuk maklumat lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");