Isu Panas

Suhaizan: Jangan salah faham kenyataan Khalil

SHAH ALAM – Pemuda Pas tegas akan bersama dalam PR seperti yang diputuskan melalui sesi Muktamar 2008, ujar Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

Menurut Suhaizan, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi hanya bertujuan untuk mengelakkan Pas dari terus diasak dalam kemelut PR.

“Kenyataan Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia yang telah disiarkan bukanlah bertujuan untuk Pas keluar dari PR.

“Niat beliau yang sebenar adalah untuk mengelakkan tekanan kepada Pas sehingga parti bertukar fikiran,” jelasnya.

Menjelaskan perkara sama, Suhaizan berkata, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Khalil dalam sebuah wawancara ketika tempoh muktamar tersebut dan ia tidak ada kaitan dengan krisis Menteri Besar Selangor atau pelantikan Exco Selangor.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan pimpinan Pas dan PR supaya berhati-hati dalm mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");