Sukan Hari Ini

Sukan Asia: Singapura terkejut dapat gangsa sepak takraw

INCHEON: Singapura dihadiahkan pingat gangsa dalam acara sepak takraw di Sukan Asia, di sini, hari ini selepas Laos dibatalkan penyertaan kerana hadir terlalu lambat untuk perlawanan separuh akhir.

Pasukan dari Singapura itu terkejut seperti orang lain apabila diberitahu mereka memenangi gangsa dalam acara beregu lelaki selepas menyudahkan cabaran peringkat kumpulan di tempat ketiga dan gagal layak ke separuh akhir.

Mereka dinaikkan pangkat sebagai antara dua pemenang gangsa selepas Laos dibatalkan penyertaan kerana tidak hadir untuk perlawanan separuh akhir menentang Korea Selatan, kelmarin.

Pasukan berkenaan memberi penjelasan bahawa ada kekeliruan dalam jadual tetapi di bawah peraturan ketat kejohanan mereka dianggap tidak hadir dan tidak layak menerima pingat.

Singapura dianugerahkan gangsa kerana mereka memiliki rekod terbaik di kalangan pasukan yang gagal ke separuh akhir.

“Kami tidak pasti apa masalah sebenar,” kata kapten pasukan Singapura, Mohamad Amran.

“Saya mahu merakamkan ucapan tahniah kepada semua negara yang memenangi pingat.

“Sukan Asia ini satu peluang untuk kami buktikan bahawa pasukan kami kuat dan ada daya saing.” – Reuters

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");