Isu Panas

Tak ada niat nak jatuhkan Hadi

BATU PAHAT – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan dakwaan beliau cuba jatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terajui parti itu.

Ketika menyampaikan ucapan pada penggulungan Muktamar Pas ke-60, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak pernah timbul dalam hatinya niat untuk menjatuhkan Presiden Pas itu.

“Tuduhan nak jatuhkan presiden itu…tak ada langsung dalam jiwa kita,” katanya.

Mengimbas kembali ketika PRU13, Mat Sabu mengingatkan bahawa beliau berusaha bantu Abdul Hadi berkempen sehingga kerusi Parlimen Marang dimenangi Presiden Pas itu.

“Menjelang pilihan raya, masa itu Parlimen telah dibubar, seorang wartawan terkenal memberitahu saya kedudukan (Abdul Hadi) di Marang tidak terjamin. Kemungkinan akan kalah dalam PRU.

“Apabila saya dengar, saya terus telefon saudara (Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Terengganu) Yahaya Ali. Atur (strategi) di Marang, sebab saya nak beri tenaga sebanyak mungkin supaya presiden menang, ” katanya.

Malah beliau memberitahu, usahanya bantu kemenangan pemimpin Pas lain mengakibatkan beliau sendiri kalah pada kerusi yang tandinginya. Mat Sabu bertanding kerusi Parlimen Pendang, Kedah pada PRU13.

“Selepas penamaan calon, laporan dakwa orang Tionghua tak berapa nak undi Nasrudin Hassan di Temerloh. Saya tinggal Pendang, pergi ke Temerloh bersama Nasrudin, di depan orang Cina ramai, kita minta mereka undi, inilah calon kita dari PR.

“Bagi saya, kalau saya dah berbeza pendapat dengan Nasrudin, itu isu lain. Kita wajib menangkan dia,”katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");