Sukan Hari Ini

Takraw longlai

Incheon: Aksi mengaibkan pasukan sepak takraw negara pada Sukan SEA Myanmar tahun lalu bagaikan berterusan di Sukan Asia Incheon.

Pasukan lelaki negara memulakan kempen dengan nota kecewa selepas kecundang 1-2 kepada Indonesia di Gimnasium Bucheon, semalam selepas turut kecundang di Nay Pyi Taw, November lalu.

Kini mereka perlu mengalahkan China pada perlawanan kedua dan terakhir kumpulan hari ini, namun jika menang sekalipun, mereka dijangka sukar layak ke perlawanan akhir kerana terpaksa bertemu juara Kumpulan A, Thailand di separuh akhir.

Jika kalah, skuad negara akan mencatat sejarah baru gagal melayakkan diri ke final buat kali pertama.

“Semuanya bagaikan tidak kena hari ini dengan pemain banyak melakukan kesilapan. Indonesia jelas lebih bersemangat dan tampil dengan aksi kemas dan mantap.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");