Sukan Hari Ini

Tenis: Murray akhiri kemarau trofi di Shenzhen

SHENZHEN: Bintang tenis Britain, Andy Murray memenangi trofi pertamanya sejak kali terakhir melakar kemenangan bersejarah Wimbledon tahun lalu selepas menewaskan Tommy Robredo di Terbuka ATP Shenzhen, semalam.

Murray yang ketika ini berada di ranking ke-11 dunia mengatasi tentangan sengit pemain berusia 32 tahun, Robredo yang memaksanya menyelamatkan lima mata break pada set kedua ketika di ambang kekalahan.

Pemain Scotland berusia 27 tahun itu begitupun tampil dengan gaya berbeza pada set ketiga untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 15 bulan dengan kemenangan 5-7, 7-6 (11/9), 6-1.

“Sudah agak lama sejak kali terakhir saya memenangi kejohanan,” kata Murray.

“Cara kemenangan saya dalam perlawanan ini tidak datang dengan selalu. Jarang untuk menang dengan cara seperti ini. Ia amat hampir untuk tewas.

“Ia minggu yang beremosi buat saya. Saya berjaya bangkit untuk mengharunginya, memenangi gelaran dan berharap dapat memenangi beberapa lagi sebelum musim ini berakhir.”

Kemenangan memberi harapan buat Murray untuk melayakkan diri ke kejohanan Jelajah ATP Final yang dijadual berlangsung pada November yang membariskan lapan pemain terbaik dunia.

Menurut laman web ATP, kemenangan di Shenzhen membolehkan Murray naik satu anak tangga di ranking ke-10 dunia.

Selepas ini, bintang Britain it dijangka akan beraksi dalam dua lagi kejohanan di China, Terbuka China pada minggu ini dan Shanghai Masters dalam tempoh tiga minggu dengan kemenangan pada kedua-duanya akan memberikannya 1,500 mata. – AFP

-thestar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");