Berita Hari Ini

Tunai zakat perniagaan sebelum akhir tahun

KUALA LUMPUR – ?Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP), menyeru agar lebih banyak syarikat menunaikan zakat perniagaan mereka.

Berikut adalah kaedah pengiraan zakat perniagaan bagi mengenalpasti samada syarikat layak atau tidak menunaikan zakat perniagaan mereka:

1) Kategori Syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, ‘Trading’ Enterprise yang mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

KAEDAH 1 – MODAL KERJA
(Aset Semasa-Liabiliti Semasa) x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5% (kadar zakat)

2) Kategori Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang mana tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

KAEDAH 2 – MODAL BERKEMBANG
(Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap) x
% Pemilikan Saham Muslim x 2.5% (kadar zakat)

3) Kaedah seterusnya adalah pengiraan khusus bagi jenis perniagaan yang tiada akaun / penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya Pasar Tani, Pasar Malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman serta lain-lain perniagaan berkaitan.

Kaedah ini mengambil kira semua hasil / jualan / pendapatan setahun ditolak segala kos / perbelanjaan setahun yang ditanggung. Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5% (bersamaan atau melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos / perbelanjaan.

PERKARA RM
A) Hasil / Jualan / Pendapatan RM 300 sehari x 5 hari berniaga
= RM 1,500 seminggu
RM 1,500 x 4 minggu
= RM 6,000 sebulan
RM 6,000 x 12 bulan
= RM 72,000 setahun

B) Tolak : Belanja / Kos Setahun (RM 10,000)

C) Keuntungan Bersih Setahun (A-B) RM 72,000 – RM 10,000
=*RM62,000

D) Kadar Zakat 2.5%

E) Zakat Perniagaan (C X D) RM 1,550

* Lebih atau sama paras nisab

Seruan / Harapan

Diharapkan kaedah-kaedah ini dapat membantu syarikat- syarikat korporat di Wilayah Persekutuan serta orang ramai yang ingin membuat taksiran zakat perniagaan mereka sekaligus membuat bayaran tersebut di saluran-saluran yang telah disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.

Taksiran juga boleh dibuat melalui pihak PPZ-MAIWP dengan menghantar email di [email protected] atau menghubungi kami di Talian Zakat 1-300-88-5757.

Umum juga boleh ke Ibu Pejabat PPZ-MAIWP yang terletak di Shamelin Perkasa, Cheras bagi berjumpa dengan pegawai zakat perniagaan bagi tujuan taksiran dan rujukan. – Bernama/foto sumber internet

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");