Berita Hari Ini

Unjur peningkatan 10%

Kuala Lumpur: CMC Engineering Sdn Bhd (CMC Engineering), syarikat milik Bumiputera sepenuhnya mengunjurkan peningkatan penguasaan pasaran sebanyak 10 peratus bagi industri berkaitan rel di negara ini khususnya membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Ketika ini, syarikat mempunyai pegangan sebanyak 25 peratus daripada empat jenis pengangkutan berkaitan rel dan bakal menyediakan sistem hiburan bermaklumat menjelang akhir tahun ini kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan perkhidmatan kereta api ETS iaitu laluan KL Sentral ke Ipoh. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahman Yusof berkata, pihaknya akan menjalankan projek perintis dalam masa terdekat bagi memastikan produk sistem hiburan CMC (CMC Entertainment System) itu dapat dinikmati pengguna tren berkenaan.

“Sistem hiburan ini baru diperkenalkan ke pasaran dengan nama ‘Volo Wireless’ akan disediakan menerusi perkhidmatan ETS yang memaparkan video dengan kandungan video filem, lagu, peta lokasi selain turut merangkumi sumber maklumat terkini isu semasa selain menghubungkan peranti menerusi sambungan tanpa wayar.

“Kita masih belum menentukan nilai pelaburan, tetapi kami berharap dapat melakukannya melalui strategi penyumberan luar menyeluruh yang kita dibenarkan memasang sistem ini dan akan bekerjasama dengan KTMB untuk menjana pendapatan menerusi iklan,” katanya ketika ditemui pada Pameran Rail Business Asia, di sini.

Beliau berkata, syarikat juga menyasarkan strategi enam bulan iaitu menembusi pasaran bagi produk berkenaan melalui perkhidmatan pengangkutan termasuk di bawah Prasarana Berhad (PRASARANA) iaitu bas Rapid KL dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan ketika ini pihaknya masih dalam perbincangan mengenainya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya juga akan terus menambah baik pegangan menerusi penggabungan teknologi dengan sasaran pelanggan sedia ada seperti perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL). “Kita tahu bahawa pengangkutan ketika ini sudah mempunyai sistem paparan masing-masing dan apa yang kita boleh lakukan adalah melalui strategi penggabungan sistem bersesuaian. Kita juga tidak menolak kemungkinan untuk menaik taraf spesifikasi sedia ada kepada teknologi aeroangkasa dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, CMC Engineering juga akan terbabit dalam pelebaran perkhidmatan berkaitan rel di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Katanya, bagi memantapkan operasi berkaitan projek fasa pertama Metro Makkah, CMC akan membuka operasi syarikat dengan kerjasama konglomerat hartanah, Khashoggi Holdings dalam masa terdekat yang mampu meningkatkan perolehan luar negara kepada dua kali ganda dalam tempoh kira-kira tiga tahun berbanding RM70 juta dengan kehadirannya di negara Asean.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");