Perak Hari Ini

Wacana Integriti Bantu ADUN Tadbir Urus Dengan Lebih Baik

Seramai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menyertai Wacana Integriti Ke arah Budaya Politik Yang Sihat bagi meningkatkan kredibiliti dalam pentadbiran serta integriti politik.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad, forum kali ini dianjurkan bagi  memberi peluang dan ruang kepada ahli panel mengutarakan pandangan serta pendapat dan hasil daripada kajian dan kempen yang dijalankan berkaitan integriti.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke persidangan forum tersebut yang berlangsung di Hotel Casuarina@meru Ipoh.

“Tiga orang ahli panel dijemput hari ini bagi membincangkan berkenaan usaha baik untuk membanteras rasuah tidak hanya tertumpu pada kelompok tertentu tetapi melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk ahli politik,” katanya.

Sementara itu, menurut Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, penganjuran siri ke-4 perbincangan dengan sektor politik membabitkan ADUN bertujuan bertukar fikiran untuk meningkatkan integriti politik.

Jelasnya, senario politik kini adalah baik namun masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan integriti dalam sistem politik.

“Perbincangan seperti ini dijadikan satu asas untuk menjadikan sistem politik semakin baik dan negara kita mengamalkan demokrasi yang cukup progresif tetapi terdapat ruang untuk perbaiki,” jelasnya lanjut.

Malah menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk S K Devamany, penganjuran forum kali ini adalah untuk memperkasakan semula sistem yang sedia ada meliputi pentadbiran politik.

“Selain ADUN, kita juga jemput kakitangan kerajaan dan pembantu ADUN sertai forum ini,” katanya.

Jelasnya lagi, tiga perkara yang banyak diperdebatkan kali ini iaitu pembudayaan politik di kalangan masyarakat, kepentingan tadbir urus dan kredibiliti ADUN dalam menjalankan tugas.

Kredibiliti ADUN jelasnya, cukup mendalam, berbeza dengan negara barat berperanan memberikan khidmat bakti dalam membuat pembaharuan kepada dasar dan perundangan.

“Senario di sini pula ADUN melakukan kerja-kerja kebajikan dan kelihatan peranan membantu kebajikan dan dasar isu yang didebatkan,” tegasnya.

Katanya lagi, forum sebegini perlu dilaksanakan secara berkala dan kerap untuk memberi kesedaran dan penambahbaikan kepada sistem sedia ada.

Forum kali ini disertai oleh ahli panel berpengalaman seperti Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pensyarah Pengajian Sainsa Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");