Sukan Hari Ini

Wilshere sudah balas kritikan

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menegaskan Jack Wilshere sudah membalas kritikan yang dilemparkan terhadap perancang tengah itu selepas mempamerkan aksi menakjubkan ketika berdepan Manchester City, Sabtu lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu, meledakkan gol penyamaan dan mencipta satu assist bagi membantu pasukannya merekodkan keputusan seri, 2-2.

“Anda harus menerima kritikan. Tampil di atas padang dan perlu menunjukkan bakat sebenar anda bagi menjawab sebarang kritikan,” kata Wenger.

Bagi empunya diri, Wilshere mahu mencipta sebanyak mungkin jaringan buat pasukannya.

“Saya sudah diberikan kepercayaan dan saya harus mengambil kesempatan itu untuk merekodkan lebih banyak jaringan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");