Perak Hari Ini

1,020 Keluarga Terima Sumbangan Deepavali

Kira-kira 1,020 keluarga kurang bernasib baik di kawasan Parlimen Lumut menerima sumbangan barangan keperluan asas sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut masyarakat India, Rabu hadapan.

Agihan bantuan adalah berdasarkan berdasarkan kriteria dan kelayakan terpilih termasuklah golongan yang berpendapatan rendah seperti anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Gandi dekat Sitiawan, pagi tadi.

Hadir sama, Ketua MIC Bahagian Lumut, Datuk V Elango dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Jelas Zambry, sambutan Deepavali perlu diraikan dalam suasana yang penuh harmoni dan semangat perpaduan oleh seluruh masyarakat India yang beragama Hindu.

PERAK TODAY

“Sumbangan diagihkan tanpa mengira pemikiran politik serta melibatkan semua golongan yang kurang bernasib baik.

“Rakyat perlu ambil peluang untuk meraikan perayaan Deepavaali dalam suasana penuh harmoni dan semangat perpaduan.

“Saya juga akan turut serta memeriahkan perayaan Deepavali di Parlimen Lumut dengan mengunjungi beberapa rumah terpilih,” katanya.

Kunjungan itu katanya, bertujuan mendekati golongan kurang berkemampuan dan miskin sekaligus menceriakan lagi sambutan Deepavali yang dikenali juga sebagai Pesta Cahaya.

PERAK TODAY2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");