Jenayah

20 jam ‘bertarung’ di laut

Labuan: Lima lelaki hanyut hampir 20 jam selepas bot yang dinaiki mereka kehabisan minyak di perairan Labuan, di sini, sebelum diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kelmarin.

Difahamkan, bot milik syarikat Shiping Sri Layangan yang dikenali sebagai ANS 1 itu yang dinaiki empat krew, bertolak dari Labuan pada Ahad lalu untuk mengambil seorang anak kapal syarikat perdagangan berhampiran Pulau Layang-Layang yang perlu pulang segera ke Labuan kerana hal kecemasan.

Bagaimanapun, bot berkenaan kehabisan minyak ketika dalam perjalanan pulang ke Labuan pada 20 Oktober pada jam 4.30 petang.

Malah, sebuah lagi bot bantuan milik syarikat sama turut tidak menemui ANS 1, menyebabkan bot bersama lima mangsa terapung hampir 20 jam di lautan.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kapal dagang MV Aman yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Jepun, menemui ANS 1 hanyut sejauh 165 batu nautika dari Labuan.

“Sehubungan itu, kami meminta kerjasama MV Aman untuk menunda ANS 1 menghampiri Labuan bagi membolehkan kerja menyelamat dan membawa pulang semua mangsa serta bot dilakukan.

“APMM Daerah Maritim Labuan berjaya menemui lima mangsa berusia antara 30-an dan 40-an bersama ANS 1 pada jam 12.06 tengah hari semalam (kelmarin).

“Semua mangsa dan bot dibawa ke jeti APMM Labuan,” katanya di sini semalam.

Kata Che Adnan, pemilik atau krew bot boleh menghubungi APMM di talian 087-427999 yang beroperasi 24 jam sekiranya berdepan sebarang kecemasan ketika berada di perairan negeri.

-mETRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");