Membawang Hari Ini

A Aida tuntut nafkah anak

PELAKON dan penerbit A Aida, memfailkan saman penghutang penghakiman terhadap bekas suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman selepas lelaki itu gagal melunaskan bayaran nafkah anak sejak mereka bercerai tahun lalu.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, diwakili peguam Zulkifli Che Yong memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 176 Akta Tatacara Mal 1984.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan kes tersebut di Mahkamah Rendah Syariah 2 Kuala Lumpur.

Aida mendakwa bekas suaminya itu tidak membayar nafkah anak berjumlah RM300 sebulan, selain yuran sekolah sebanyak RM1,000 sebulan di mana jumlah tersebut tertunggak sejak Mei 2013 sehingga Oktober 2014.

Ketika ditemui pemberita, Aida memberitahu dia terkilan dengan tindakan bekas suaminya itu dan menuntut jumlah tersebut kerana tidak mahu Suffian lari daripada tanggungjawab terhadap anak lelaki tunggal mereka yang kini berusia enam tahun.

“Bagi Aida dia mampu. Itu adalah hak anak saya dan demi kepentingan dia,” katanya sambil memberitahu sejak mereka bercerai sehingga kini, dia tidak pernah berhubung dengan Suffian sebaliknya sebarang urusan berkaitan anak dibuat lelaki itu dengan menghubungi pembantu rumahnya.

Aida mendakwa Suffian menemui anaknya, Muhammad Rahul yang bersekolah di sebuah sekolah swasta dua atau tiga bulan sekali.

Pada 2 Mei tahun lalu, Aida dan Suffian sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dan hak jagaan anak diberikan kepada kepada Aida, manakala Suffian mendapat hak lawatan dua kali sebulan.

Aida berkahwin dengan Suffian, 46, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur pada 20 April 2007.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");