Sukan Hari Ini

Aguero tidak kasihankan Gerard

PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero mengakui tidak merasa simpati terhadap kapten Liverpool, Steven Gerard yang tergelincir dalam perlawanan Liga Perdana antara Chelsea dengan Liverpool musim lalu di Anfield.

Bekas ketua pasukan England itu yang tergelincir, membolehkan penyerang Chelsea, Demba Ba merampas bola tersebut seterusnya menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan tersebut.

The Blues yang menang 2-0 dalam perlawanan tersebut, meletakkan Liverpool di tempat kedua tangga liga dengan dua mata di belakang juara, Manhester City.

Aguero berkata dalam bukunya, Born to Rise, dia yang menonton perlawanan tersebut tidak merasa kasihan apabila Gerard tergelincir yang sekali gus member peluang kepada Demba Ba menjaringkan gol.

Menafikan dirinya tidak menghormati Gerard. Dia memberitahu kesilapan tersebut berpunca daripada pemain itu sendiri, dan Chelsea bijak mengambil peluang untuk menjaringkan gol.

Untuk rekod, Aguero telah memenangi dua kejuaran liga sepanjang bersama City, dan telah menjaringkan 11 gol dalam kesemua perlawanan musim ini.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");