Membawang Hari Ini

‘Astana Cinta Aleesa’ Cecah 1.5 Juta Penonton

Gandingan hebat tiga pelakon hebat Emma Maembong, Nazim Othman dan Amyra Rosli dalam drama ‘Astana Cinta Aleesa’ mencatat jumlah tontonan yang tinggi sehingga mencecah 1.5 juta tontonan.

Drama bersiri yang akan berakhir Rabu ini merupakan terbitan OrangeTree Communication Sdn Bhd yang diarahkan oleh pengarah Eoon Shuaini.

Antara barisan pelakon yang turut mebantu dalam menjayakan drama yang penuh dengan tanda tanya ini ialah Bill Azali, Puteri Balqis, Ku Faridah Aliza Shahadan, Falisha Crossley dan Ezzrin Loy.

Sinopsis

Emma & Nazim Drama ini berkisarkan mengenai rumah tangga Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman) yang retak disebabkan orang ketiga iaitu sahabat baik Aleesa sendiri, Zaleha (Amira Rosli).

Zaleha cemburu dengan kesempurnaan hidup Aleesa kerana mempunyai suami yang tampan, bekerjaya dan anak yang menyerikan lagi kehidupan mereka. Keadaan menjadi semakin keruh apabila anak kedua mereka yang dinanti setelah hampir enam tahun, Zarul, meninggal dunia akibat kecuaian.

Aleesa yang merasa tertekan mula hilang arah seterusnya membuka peluang buat Zaleha untuk meracuni fikiran Zhariff dengan mengatakan Aleesa sudah gila.

Ketegangan mereka ditambah lagi dengan kehadiran Jimmy, yang menyimpan dendam terhadap Zhariff sejak dari zaman universiti lagi kerana dia dibuang universiti disebabkan Zhariff.

Jimmy telah mengatur strategi dengan berbuat baik kepada Zhariff sehingga berjaya membuatkan Zhariff ditangkap polis atas tuduhan menyeleweng wang syarikat. Kehadiran Zaleha dan Jimmy yang kemudiannya berpakat benar-benar telah mengkucar kacirkan lagi keluarga bahagia Zhariff dan Aleesa sehingga mereka berpisah.

Untuk mengetahui pengakhiran cerita Astana Cinta Aleesa, jangan lupa saksikan dua episod terakhir pada 7 dan 8 Oktober ini jam 8.30 malam hanya di TV9.

– Mangga Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");