Isu Panas

Azmin: Tempoh berpolitik sudah tamat

Foto Sinar Harian Online oleh Raziatul Hanum A.Rajak:-

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memilih untuk tidak melayani khabar angin yang menggesa beliau menggantikan posisi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, sekarang ini bukan masa untuk berpolitik, sebaliknya bekerja keras memenuhi aspirasi rakyat.

“Sekarang waktu untuk bekerja, jangan berpolitik kerana masa berpolitik sudah selesai.

“Fokus kerja…itulah matlamat dan tanggungjawab saya bagi memenuhi aspirasi rakyat kerana mereka mahukan pembangunan di Selangor ini diteruskan dengan baik dan amanah. Inilah tanggungjawab yang perlu saya pikul, bukannya terus berpolitik dan mengabaikan rakyat,”
katanya selepas melawat hotspot banjir di Seksyen 13, semalam.

Selain itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor turut menzahirkan rasa syukurnya kerana pasukan baharu yang menerajui negeri ini mendapat sokongan padu daripada komponen Pas, DAP dan PKR.

Minggu lalu satu sepanduk yang kandungannya meminta Azmin menggantikan Wan Azizah dilihat tergantung di kawasan bulatan di Seksyen 15 di sini menyebabkab timbulnya spekulasi tersebut.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");