Membawang Hari Ini

Betty Banafe harap pembedahan Wafa berjaya

KUALA LUMPUR: Semalam, Betty Banafe memuat naik gambarnya bersama pelakon yang juga penerbit, Wafa Abdul Kadir berserta keterangan gambar mengenai wanita itu yang sedang menyabung nyawa di dalam bilik pembedahan di Hospital Tropicana Center.

Keputusan mengenai pembedahan itu akan diketahui hari ini.

Menurut Betty, Wafa sejak dua tahun lalu menderita kesan kemalangan yang mengakibatkan tulang lehernya retak. Wafa pernah lumpuh dan menggunakan kerusi roda akibat kemalangan berkenaan.

Pembedahan besar itu dilakukan bagi membetulkan tulang lehernya kesan daripada kemalangan dua tahun lalu.

“Saya sendiri harap dia (Wafa) akan kembali sihat seperti sedia kala. Dia sudah berusaha banyak untuk mengubati penyakit yang dialaminya kesan daripada kemalangan jalan raya itu. Kemalangan itu memberi kesan kepada dirinya pada tahap yang amat merbahaya.

“Dia sendiri pernah cakap kepada saya, dia sudah berusaha itu dan ini tetapi tetap sakit dan hanya mampu bertawakal kepada Tuhan. Saya harap Tuhan akan panjangkan umurnya,” kata Betty.

Wafa menjalani pembedahan di pusat perubatan berkenaan pagi semalam.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");