Jenayah

Bung Mokhtar: Biar Alvin berdepan undang-undang

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini menyeru pihak berkuasa supaya bertindak segera terhadap Alvin Tan dengan cara membawanya pulang ke Malaysia.

Menulis di Twitternya, Bung berkata, Alvin perlu segera dibawa pulang bagi memastikannya berhadapan undang-undang negara sekaligus dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“Gunakan apa juga sumbar kekuatan yang ada bawa balik Alvin ke Malaysia..biar dia ini berhadapan dengan undang-undang negara ini,” tulisnya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA: Tindakan Alvin melampau]

Alvin yang juga seorang blogger kontroversi, menerusi laman sosial Facebooknya baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dan Umno dengan kata-kata kesat.

Namun beliau bertindak sebagai seorang pengecut apabila melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dirinya ditahan pihak berkuasa Malaysia atas tindakannya itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");