Membawang Hari Ini

Cinta Facebook

Minggu ini slot Citra di saluran TV2 membawa kelainan dengan menayangkan drama komedi memaparkan kehidupan remaja, Oren dan Ceri yang penuh dengan dugaan dan peristiwa menarik.

Menampilkan bintang popular Nur Fathia dan Erin Malik sebagai watak utama, drama ini turut mengetengahkan bakat pelakon baru, Nazrief Nazri sebagai hero.

Drama Oren dan Ceri menemui penonton di TV2 pada jam 10 malam ini mengisahkan dua remaja yang berhubung menerusi laman sosial Facebook.

Kisah drama ini semakin menarik apabila dua remaja berkenaan sebenarnya tidak menyedari mereka sebenarnya berkawan di Facebook.

Kim, seorang remaja yang pemalu dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai terutamanya wanita. Di kolej, Kim menyendiri dalam dunianya sendiri dan sikap itu semakin menjadi-jadi selepas kematian ibunya, Zarish.

Sewaktu membelek barang peninggalan arwah, Kim menemui sekeping surat lama. Dalam surat itu, seorang lelaki bernama Asmadi meminta agar cincin yang diberikan kepada awrah dipulangkan kepadanya.

Tanpa pengetahuan bapanya, Kim nekad melunaskan amanat ibunya dengan meminta bantuan Tika untuk mencari lelaki itu menerusi Facebook.

Sementara itu, kehadiran pelajar baru, Sharifah Lira membuat semua pelajar lelaki di kolej berkenaan terpukau termasuk Kim sendiri.

Dalam pada itu, Kim cuba mengenali Sharifah Lira menerusi Facebook, tetapi dia hampa apabila gagal mencari akaun gadis itu. Dia kemudian mendapat tahu rakan sekelas Sharifah Lira memanggilnya Ceri.

Kim segera membuka akaun Facebook baru dan menggunakan nama samaran Oren. Seterusnya dia mempelawa pengguna bernama Ceri menjadi rakan Facebook. Sejak itu, Kim sentiasa berinteraksi dengan Ceri sehingga lewat malam.

Suatu hari, Kim pitam di kaki lima restoran ketika hendak membeli sarapan. Kejadian itu disedari oleh Meggi yang menghubungi ambulans.

Sejak kejadian itu, Kim dan Meggi sentiasa berhubung untuk bertanyakan khabar. Kim mula selesa berkawan dengan Meggi dan mengajaknya mencari Asmadi.

Sepanjang bersama pelbagai kejadian berlaku sehingga mengwujudkan perasaan yang sukar dimengertikan mereka berdua.

Namun, di penghujung cerita drama ini, identiti sebenar Ceri terbongkar dan sebenarnya bukan Sharifah Lira. Siapakah Ceri dan adakah cinta Meggi terhadap Kim kesampaian? Saksikan kesudahan Oren dan Ceri di TV2, jam 10 malam ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");