Sukan Hari Ini

Cops tekad buru bekalan selesa

BUKAN kemenangan semata-mata yang mahu dicari Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila menentang Pahang Jumaat ini, tetapi keputusan selesa untuk dibawa ke tempat sendiri pada pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia 18 Oktober depan.

Itu sasaran penyerang PDRM, Bobby Gonzales menjelang pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur dan dia yakin rakan sepasukannya mampu menggempur lawan habis-habisan.

Menegaskan moral dan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik, Bobby percaya tiada sebab mereka tidak boleh mencatat kemenangan jika semua pemain mempamerkan permainan cemerlang.

“Kita mesti mendapatkan seberapa banyak gol di sana dan saya harap semua pemain buat yang terbaik walaupun tidak dinafikan Pahang adalah lawan yang baik daripada apa yang dilihat pertemuan mereka sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting barisan pertahanan Sang Saka Biru perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi kerana Pahang secara automatik akan memiliki kelebihan sekiranya berjaya menjaringkan gol di tempat sendiri.

“Saya rasa para pemain juga sudah dimaklumkan bahawa perlawanan ini penting untuk pasukan dan akan memberikan yang terbaik bagi menggembirakan penyokong,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");