Jenayah

‘Dia dipinjam 51 hari sahaja’

Sungai Petani: “Allah meminjamkan arwah kepada kami sekeluarga untuk tempoh 51 hari sebelum dia pergi buat selama-lamanya ketika sambutan ulang tahun saya ke-42 hari ini (semalam). Walaupun sedih, namun kami reda dengan pemergiannya.”

Begitu kata Norhadzlan Harun, 42, bapa kepada bayi perempuan, Naurah Zara Alisya yang mengalami masalah jantung dan saluran darah apabila menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, pada jam 5.40 pagi, semalam.

Naurah yang juga anak bongsu daripada empat beradik dilahirkan pada 9 Ogos lalu dikesan menghadapi masalah kesihatan pada keesokkan harinya apabila didapati mempunyai lubang sebesar tujuh milimeter pada jantung selain saluran darah bermasalah ketika dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Norhadzlan yang bertugas di sebuah syarikat swasta berkata, sejak dua hari lalu, dia dan isteri langsung tidak meninggalkan anaknya itu selepas dimaklumkan keadaan kesihatan Naurah semakin merosot dan doktor turut memaklumkan keadaannya bertambah kritikal.

Bagaimanapun, katanya, Naurah yang begitu disayangi seluruh ahli keluarga pergi meninggalkan mereka selepas menerima rawatan di HSAH, namun reda berikutan sudah melakukan yang terbaik.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");