Jenayah

Dua Lelaki Ditembak Mati Disyaki Anggota Pemberontak Sulu

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditembak mati oleh polis di Penampang Baru, Sabah pada Khamis dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu, lapor Bernama.

Sebelum ini, kedua-dua individu itu disyaki perompak bersenjata yang terlibat dengan insiden berbalas tembakan dengan polis kira-kira pukul 4 petang.

Seorang wanita turut ditahan dalam insiden itu.

Keadaan di Penampang Baru kembali normal pada pukul 9.15 malam dan laluan yang dikepung dibuka untuk orang ramai.

Terdahulu, polis mengekori kedua-dua suspek sebelum menahan mereka di hadapan beberapa bangunan kedai untuk pemeriksaan.

Beberapa saksi memberitahu terdengar bunyi tembakan selama seminit menyebabkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan lokasi itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");