Berita Hari Ini

ESSZONE: PDRM dapat peruntukan RM90 juta tahun lalu

LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat peruntukan RM90 juta untuk membeli kelengkapan dan peralatan logistik bagi membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memantapkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), tahun lepas.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah, berkata peruntukan itu termasuk untuk membina bangunan dan prasarana PDRM di ESSZONE.

“Peruntukan itu digunakan untuk pembinaan balai polis sementara di tujuh buah tempat melibatkan kos RM32 juta dan kelengkapan peralatan logistik sebanyak RM60 juta,” katanya kepada pemberita selepas memandu uji kenderaan pelbagai guna jenis ATV di pangkalan Polis Marin Lahad Datu di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap keselamatan di pantai timur Sabah tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM31 juta untuk membaik pulih pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan menambah kelengkapan peralatan persenjataan.

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya berpuas hati dengan kerja penambahbaikan pos kawalan PGA di ESSZONE.

“Dengan adanya kelengkapan itu, saya berharap anggota polis yang bertugas di ESSZONE terus mempertingkatkan komitmen kerja agar kawalan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur Sabah terus terjamin,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");