Sukan Hari Ini

FIFA dituduh diskriminasi anjur Piala Dunia Wanita atas padang rumput tiruan

TORONTO: Tiada rancangan untuk memboikot kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita di Kanada, tahun depan sekalipun tindakan undang-undang terhadap FIFA yang didakwa merancang perlawanan dijalankan di atas padang rumput tiruan, diteruskan.

Perkara itu dikatakan pemain wanita terbaik dunia, Nadine Angerer, yang menjadi salah seorang daripada 40 pemain yang mengemukakan saman terhadap badan induk itu kepada Tribunal Hak Asasi Manusia Ontario.

Begitupun, pemain kelahiran Jerman itu menegaskan tiada perbincangan mengenai boikot dijalankan.

Selain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), saman juga dibuat kepada Persatuan Bola Sepak Kanada (CSA) yang menjadi penganjur kejohanan.

“Fokus kami ketika ini adalah berhubung tindakan undang-undang dan tiada siapa di antara kami bercakap mengenai perkara yang lebih daripada itu,” kata Angerer yang membantu Jerman menjulang dua trofi Piala Dunia.

“FIFA dan CAS sepatutnya memberikan kami peluang terbaik untuk mempamerkan permainan kami. Namun kami tidak pernah bercakap mengenai boikot Piala Dunia.”

Piala Dunia Wanita di Kanada dijadualkan pada 6 Jun hingga 5 Julai tahun depan.

Tindakan undang-undang yang difailkan pemain-pemain terbaik dunia itu dibuat kepada Tribunal Hak Asasi Manusia Ontario dan mendakwa FIFA dan CSA melakukan diskriminasi terhadap wanita dengan menjalankan perlawanan di peringkat kumpulan di atas padang rumput tiruan yang menghadirkan risiko keselamatan selain mampu mengubah corak permainan.

Kejohanan Piala Dunia, lelaki dan wanita dianjurkan setiap empat tahun sekali dan sentiasa dijalankan dia atas padang rumput semula jadi. – Reuters

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");