Sukan Hari Ini

Fokus gangsa

Incheon: Malaysia tidak bernasib baik apabila kecundang menerusi penentuan penalti pada separuh akhir hoki lelaki Sukan Asia Incheon kelmarin, namun kini mereka mungkin pulang tangan kosong jika gagal mengatasi Korea Selatan pada perlawanan penentuan pingat gangsa, hari ini.

Penjaga gol S Kumar bagaimanapun berazam membantu pasukan kendalian jurulatih sementara Arul Selvaraj merebut pingat gangsa sekali gus memulihkan maruah negara.

Dia tidak berada dalam skuad Sukan Komanwel Glasgow yang turut tewas mengejut kepada Trinidad & Tobago, namun mengakui ada peningkatan ketara dari segi semangat sepasukan dan komitmen.

“Kami tidak menghantar pasukan terbaik ke Sukan Komanwel dan tidak mempunyai sasaran di sana,” jelas Kumar, yang menyelamatkan dua pukulan penalti ketika tewas 5-6 kepada Pakistan di Stadium Hoki Seonhak, kelmarin.

“Bagi Sukan Asia, kami tampil dengan pasukan terbaik dan cuba membuktikan sesuatu. Semangat sepasukan bagus, sesuatu yang sudah lama saya tidak rasai.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");