Isu Panas

Hakim terkhilaf nilai keterangan – Peguam Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mendengar rayuan terakhirnya terhadap keputusan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

Berikut adalah perkembangan semasa pendengaran yang di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Peguam bela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan hujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan.

Beliau berkata, hakim juga terkhilaf dalam menilai keterangan Mohd Saiful berdasarkan kepada tiga aspek iaitu;

– Dalam memutuskan Mohd Saiful saksi berwibawa.

– Dalam memutuskan keterangan Mohd Saiful disokong keterangan saksi lain.

– Enggan membenarkan pembelaan menguji keterangan Mohd Saiful yang diberikannya kepada pegawai penyiasat yang didakwa bercanggah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");