Sukan Hari Ini

Halep kejutkan Williams di kejohanan WTA Final

SINGAPURA: Pemain tenis Romania, Simona Halep mengejutkan Serena Williams 6-0, 6-2 di kejohanan Final WTA hari ini yang menghadiahkan pemain nombor satu dunia dari Amerika Syarikat (AS) itu kekalahan terburuk dalam tempoh 16 tahun.

Halep yang gagal menewaskan Williams dalam tiga perlawanan sebelum ini memperguna sepenuhnya kelemahan servis jaguh AS itu sekaligus menghuni kedudukan teratas Kumpulan Merah dalam kejohanan penutup musim yang diisi lapan pemain terbaik wanita dunia itu.

Menampilkan permainan agresif sepanjang perlawanan, Halep, 23 berjaya memaksa Williams yang 10 tahun lebih tua berlari di seluruh gelanggang dan ia diburukkan dengan servis goyah lawannya yang melakukan tujuh kesalahan berganda.

“Servis saya adalah yang terbaik dalam perlawanan bawah umur 10 tahun dalam kejohanan remaja,” kata Williams. “Ya, ia agak memalukan. Ia amat memalukan.”

Ia kekalahan terburuk dicatat Williams sejak 1998 apabila dia tumbang t 6-1, 6-1 kepada Joannette Kruger di Oklahoma, AS.

Halep sebelum ini menewaskan bintang muda Kanada, Eugenie Bouchard manakala Williams menewaskan pemain Serbia, Ana Ivanovic dalam perlawanan pertama di Singapura itu.

Begitupun, Williams yang menarik diri daripada Terbuka China awal bulan ini akibat masalah lutut berkata kekalahan itu tidak berkaitan dengan tahap kecergasannya.

“Saya fikir Simona bermain dengan amat baik dan perlawanan terbaik dalam kariernya,” kata Williams. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");