Sukan Hari Ini

Hijau Kuning dapat suntikan semangat

HIJAU Kuning mendapat suntikan semangat tambahan apabila Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah bersama penyokong lain bakal  ke Kota Bharu Jumaat  ini menyokong  pasukan menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2014 menentang Kelantan.

Facebook rasmi Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) melaporkan peminat setia dan nombor satu skuad Kedah itu akan turut bersama ke Stadium Sultan Muhammad IV di dalam usaha memberi sokongan bersama kira-kira 1,000 penyokong Kedah lain.

“Terima kasih atas sokongan berterusan dari Tunku Laksamana Kedah yang akan turut serta mencemar duli berada di belakang pasukan Hijau Kuning.

“Tuanku akan mengetuai lebih kurang 1,000 penyokong Hijau Kuning kali ini dan pasti aura Hijau Kuning yang akan diketuai Tuanku melonjakkan semangat pemain Kedah yang bertandang di halaman lawan,” lapor laman berkenaan.

Selain itu beberapa kelab penyokong Kedah  juga seperti Ultras Kedah, Peminat Bola Sepak Kedah (PBK) dan Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman dilaporkan akan turut membanjiri stadium lawan nanti.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");