Sukan Hari Ini

India tak puas hati

Incheon, Korea Selatan: India membuat bantahan rasmi terhadap tindakan pengadil menghadiahkan kemenangan kepada peninju Korea Selatan, Park Ji-na ke atas L Sarita Devi dalam separuh akhir tinju Sukan Asia kategori 60 kilogram yang turut mencetuskan kekecohan dalam kalangan penonton dan jurulatih.

Pegawai tinju India Sagarmal Dhayal berkata, mereka pada mulanya keliru, tapi kemudian memutuskan untuk membuat bantahan rasmi.

Ketua jurulatih tinju India Blas Iglesias Fernandes pula menegaskan, keputusan pertarungan boleh diketahui dengan jelas dan hanya orang yang tidak jujur melakukan tindakan seperti ini.

“Tidak ada kesilapan berlaku. Keputusan pengadil ini sudah ditentukan lebih awal,” tegas Fernandes. “Malah sepatutnya peninju pasukan lawan dikenakan kiraan beberapa kali, namun ia tidak berlaku.” Delegasi Majlis Olimpik Asia dan pegawai tinju di venue pertandingan itu tidak mengulas bantahan India itu.

Tinju amatur tahun lalu membuat keputusan mengikut peraturan profesional dengan menggunakan sistem kiraan 10 mata menerusi lima pengadil berbanding peraturan sistem lama, kiraan tumbukan komputer yang mengundang kritikan termasuk keputusan di Olimpik Seoul pada 1988 yang menyaksikan kekalahan Roy Jones Jr kepada Park Hi-sun dari Korea Selatan.

Tiada pengadil Asia pada pertandingan semalam dengan Kheira Hammadi (Algeria), Mohamed Braham (Tunisia), Albino Foti (Itali), Jones Silva do Rosario (Brazil) dan Mariuisz Jozef Gorny (Poland) ditugaskan mengadili pertandingan itu.

Fernandes berkata, badan induk sukan itu AIBA tidak boleh dipersalahkan namun insiden berkenaan membabitkan pengadil yang memihak kepada tuan rumah.

Skuad India dan penyokong terkejut dengan Sarita dan jurulatih Gurbaksh Sandhu terus meninggalkan gelanggang selepas keputusan diumumkan.

Kemarahan tercetus selepas itu apabila mereka menyertai kem India untuk melakukan bantahan dan suami Sarita turut sama memarahi pegawai pertandingan. – AP

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");