Berita Hari Ini

IS jual minyak mentah bernilai AS$2 juta sehari

ASAP tebal dan api kelihatan selepas serangan udara yang dilancarkan oleh tentera pakatan AS di bandar Kobani, Syria kelmarin:-

WASHINGTON – Kumpulan militan Negara Islam (IS) menghasilkan minyak mentah yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6.52 juta) sehari di Iraq dan Syria sebelum serangan udara dilancarkan oleh tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Sebuah syarikat kajian ekonomi, IHS semalam memberitahu bahawa jumlah itu kemungkinan dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dibentangkan kepada Kongres AS pada bulan lalu.

“Kumpulan ini menguasai kemudahan pengeluaran minyak yang mampu mengeluarkan sehingga 350,000 tong minyak mentah sehari tetapi mereka hanya mampu menghasilkan kira-kira 50,000 hingga 60,000 tong sehari,” kata firma itu yang menyediakan maklumat ekonomi dan pasaran global.

“Pengeluaran yang rendah ini berpunca daripada peperangan yang masih berlaku dan kekurangan kemahiran teknikal untuk menguruskan telaga-telaga minyak yang ditawan mereka,” tambah firma berkenaan.

AS dan beberapa negara termasuk negara Arab pada September lalu melancarkan serangan udara yang disasarkan terhadap beberapa kemudahan penapisan minyak yang ditawan IS di timur Syria bagi menghentikan sumber kewangan utama kumpulan berkenaan.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");