Jenayah

Isu balak haram: SPRM tahan pegawai kanan polis

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis di sebuah IPD di Sarawak merupakan antara 10 yang ditahan dalam operasi bersepadu Ops Tukul yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 20 Oktober lalu.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull, penahanan tersebut dibuat berdasarkan hasil maklumat dan pemantauan yang dilakukan dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain.

“Pegawai polis berusia 35 tahun itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM16,000 dari tiga transaksi berasingan.

“Berdasarkan siasatan yang kami lakukan, kami dapati pegawai polis tersebut menerima rasuah sebanyak RM3,000 pada Ogos, RM5,000 pada September dan RM8,000 pada Oktober lalu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Antara lain yang ditahan termasuk pengurus besar, pengurus kem, pemilik syarikat dan pemegang saham syarikat.

Katanya lagi, tangkapan dan penahanan tersebut melibatkan kakitangan syarikat dari 10 buah syarikat dikenal pasti menjalankan aktiviti pembalakan haram dan memberi rasuah kepada pegawai operasi.

“Mereka yang ditangkap berumur antara 28 hingga 70 tahun dan nilai rasuah yang diberi adalah antara RM 300 hingga RM10,000 dalam setiap transaksi.

“Dalam operasi ini, SPRM telah menyita lebih kurang 30 akaun bank milik pemilik syarikat balak dengan nilai dianggarkan RM18 juta,” tambahnya.

Daripada jumlah yang ditahan, seorang daripadanya dihadap ke mahkamah Kuching semalam dan manakala empat lagi didakwa di mahkamah Limbang hari ini.

Dalam pada itu, lima yang lain termasuk pegawai polis tersebut masih disiasat pihak berkuasa.

Sementara itu, Mohd Shukri menegaskan, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan ke atas sebarang aktiviti membabitkan pemberian dan penerimaan rasuah.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati memberi dan mengambil rasuah ketika menjalankan sebarang urusan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");