Laporan Eksklusif

Isu keganasan: Kerajaan masih belum sedar

SHAH ALAM – Kerajaan disifatkan masih belum sedar risiko yang dihadapi negara ini ekoran insiden-insiden yang berlaku termasuk pencerobohan dan gerakan mendirikan ‘Negara Islam’ sendiri di Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sehingga kini tidak ada tindakan serius diambil kerajaan bagi menangani perkara tersebut.

“Gerakan untuk mendirikan ‘Negara Islam’ dan membaiah kepada seorang yang mendakwa dirinya sebagai khalifah pun sudah berlaku.

“Jika Ashaari (pengasas pertubuhan, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ), Ayah Pin (Arifin Mohamad) dan Tuhan Harun (Harun Mat Saat) berjaya mendapat sokongan sesiapa yang menyeru untuk mendirikan negara Islam tentu lebih mudah mendapat pengikut.

“Tetapi kerajaan Malaysia ternampak masih belum sedar. Tidak ada tindakan secara serius yang dibuat. ISA sudah tidak ada,” katanya dalam tulisan di blog melalui artikel ‘Negara Islam (IS)’, semalam.

Beliau turut mengambil contoh kes serangan di Kota Belud, Sabah dan kes penculikan di negeri itu.

“Tak lama dahulu sepasukan pengganas Filipina telah menceroboh Sabah dan berperang dengan askar Malaysia.

“Kita berjaya mematahkan serangan mereka. Tetapi kemudian berlaku penculikan dan peras ugut beberapa kali. Hingga kini masih ada yang tidak dapat ditebus.

“Kerajaan sehingga kini tidak memandang serius terhadap serangan di Kota Belud. Penculikan masih berlaku. Sekarang pula ada tuntutan untuk pemisahan Sabah.

“Jika seruan pemisahan ini disamakan dengan perjuangan untuk mendirikan ‘Negara Islam, ramai juga anak muda yang akan terpengaruh,” katanya.

Beliau turut memberi amaran, “Ingatlah! Tidak siapa menjangka pengganas akan serang Sabah. Tetapi serangan ini sudah pun berlaku.”

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");