Sukan Hari Ini

Jenson Button bakal bersara?

Pemandu pasukan McLaren, Jenson Button. -Foto © Getty Images:-

PEMANDU jentera Mc Laren, Jenson Button mungkin terpaksa meninggalkan Formula 1 jika dia kehilangan tempat dalam senarai pasukan, menurut kata pengurusnya, Richard Goddard.

Mc Laren yang bakal bekerjasama dengan Honda mulai 2015 itu dilihat masih belum menyenaraikan barisan pemandu untuk musim depan dan kedudukan Juara Dunia 2009 itu dianggap dalam bahaya.

Bagaimanapun Goddard memberitahu, pemandu berusia 34 tahun itu mungkin terpaksa bersaing dengan Mark Webber untuk memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans dan bertanding di Kejohanan Endurance Dunia.

“Jenson (Button) merupakan pelumba yang kompetitif. Dia terlalu bagus untuk tidak berada dalam F1, jadi sama ada dia memerlukan jentera yang hebat atau terpaksa mendapatkannya di tempat lain,” katanya.

Beliau turut memberitahu senarai pelumba untuk kejohanan Endurance Dunia juga semakin sengit. Selain turut menyifatkan Webber mampu memberi laluan sukar dalam kejohanan tersebut.

Untuk rekod, Button berjaya menjuarai 15 kejohanan Grand Prix sejak penampilan sulungnya pada tahun 2000.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");