Jenayah

Kastam pantau premis kenakan GST lebih awal

SHAH ALAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memantau kedai atau premis perkhidmatan yang didapati mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih awal daripada tarikh permulaan yang ditetapkan kerajaan pada 1 April 2015.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, mereka yang tidak layak untuk mengutip cukai itu dilarang sama sekali daripada berbuat demikian dan jika didapati mengenakan GST di luar konteks yang dibenarkan undang-undang, mereka akan dikenakan tindakan bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Khazali berkata, pihaknya memandang serius laporan Sinar Harian semalam yang mendedahkan ada peniaga mengambil kesempatan mengutip GST lebih awal daripada tarikh permulaan kuat kuasa cukai itu sebagaimana diumumkan kerajaan.

Mengikut laporan itu daripada tinjauan dan siasatan wartawan akhbar ini, ada beberapa peniaga yang sudahpun mengenakan GST secara terang-terangan berdasarkan resit bayaran yang mereka keluarkan. Ini termasuk di parkir pusat beli belah, kedai makan dan sebagainya.

“Semua pengguna boleh membuat aduan kepada kastam jika jadi mangsa atau tahu mana-mana tempat yang mengenakan GST.

“Tetapi, pengguna harus lebih peka dan jangan terkeliru kerana buat masa ini, hanya cukai kerajaan (govermant service tax) dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya mengenai resit yang mengelirukan antara cukai kerajaan dengan cukai barang dan perkhidmatan kerana kedua-duanya dikenali dengan singkatan GST, Khazali berkata, banyak syarikat sudah cuba menggunakan aplikasi sistem GST di mesin daftar tunai tetapi ia belum dilaksanakan lagi.

“GST itu mungkin sudah ada dalam resit tetapi selagi belum 1 April, ia tidak boleh digunakan kecuali ada peniaga yang menggunakan GST itu sebagai singkatan cukai kerajaan,” katanya.

Beliau menambah, tidak wujud isu pra GST seperti yang didakwa dan berharap semua pihak tidak tertipu dengan dakwaan sebegitu.

“GST tidak perlu pra, ia akan terus dilaksanakan kerana kita sudahpun beritahu perkara ini awal-awal lagi. Kerana itu, jika ada kemusykilan, kastam sedia membantu untuk memberi penerangan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan GST akan ditangguhkan berikutan masih banyak syarikat belum berdaftar, Khazali berkata, ia tidak berasas dan menyifatkan ia hanya menakut-nakutkan orang ramai sahaja.

“Setakat minggu ini, sudah lebih 100,000 syarikat sudah berdaftar daripada jumlah keseluruhan hampir 300,000 syarikat di Malaysia.

“Ia perkembangan yang baik, dan kita pasti, menjelang pelaksanaan, semua syarikat akan memberikan komitmen yang baik kepada kita.

Jika mereka tidak mendaftar walaupun layak mengenakan GST, syarikat ini boleh didakwa,” katanya.

Sinar Harian semalam, melaporkan wujud sebilangan peniaga yang sudahpun mengenakan GST kepada pelanggan tanpa disedari.

Rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan budaya ambil kesempatan pengusaha dalam perniagaan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: GST sudah bermula?]

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");