Isu Panas

Kata Melayu pendatang: Gerakan gantung keahlian Tan Lai Soon

Selari dengan ucapan dasar Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di persidangan perwakilan Gerakan Ahad semalam akan bertindak keatas mana-mana ahli dan pemimpin yang buat kenyataan rasis,perwakilan Johor Tan Lai Soon jadi orang pertama kena.

Parti itu Isnin mengantung keahlian Tan dan beri tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipecat kerana membuat kenyataan orang Melayu juga pendatang di negara ini macam orang Cina dan India.

Kenyataan Tan telah mencetuskan kemarahan ramai dikalangan orang Melayu.Pelbagai Ngo Melayu telah menyrakan bantahan dan minta Gerakan bertindak.

Dalam ucapan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada persidangan perwakilan Gerakan dekat Shah Alam beliau mengingatkan UMNo tidak mengunakan perkataan pendatang kepada kaum lain kerana orang Melayu juga pendatang.

Katanya orang melayu juga sama datang dari Indonesia.

Menurutnya cuma orang asli dan peribumi di Sabah dan Sarawak sahaja merupakan orang asal negara ini.

Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat Gerakan Isnin telah memutuskan Tan digantung dan diberi tunjuk sebab untuk dijawab dalam tempoh 14 hari megapa dia tidak boleh dipecat.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai kata Tan telah tarik baik kenyataannya dan meminta maaf.

Cheah juga memohon maaf bagi pihak parti itu.

Mah ketika berucap di perasmian persidangaan pewakilan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kata partinya akan memecat mana-mana ahli dan pemimpin Gerakan yang membuat kenyataan rasis.-20/10/2014

-agenda daily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");