Sukan Hari Ini

Ledakan Neymar

Singapura: Bintang Barcelona Neymar meledak empat gol termasuk hasil gerakan solo menarik ketika Brazil membelasah juara Asia, Jepun 4-0 di Singapura malam tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri ketika beraksi di Stadium Nasional Singapura yang padat dengan penyokong.

Neymar kini sudah meledak 40 gol sepanjang 58 aksi bersama Brazil sekali gus memberikan kemenangan keempat berturut-turut buat jurulatih baru, Dunga sambil tidak melepaskan sebarang jaringan.

Kemenangan itu melengkapkan jelajah mini Asia buat tuan rumah Piala Dunia itu selepas mereka turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Argentina di Beijing, Sabtu lalu.

Neymar meletakkan Brazil di depan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran Diego Tardelli dan memperdayakan penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima.

Neymar sekali lagi menembusi benteng Jepun apabila memperdayakan Tsukasa Shiotani di sebelah kiri, tetapi cubaannya tersasar.

Begitupun, Jepun bangkit melawan menerusi rembatan voli Yu Kobayashi, tetapi sedikit melewati palang.

Pemain yang beraksi di Bundesliga, Shinji Okazaki hampir menjaringkan gol menerusi tandukan hasil sepakan sudut yang gagal dikeluarkan pertahanan Brazil.

Tetapi Jepun terus dihukum ketika permainan memasuki minit ketiga babak kedua apabila pemain gantian Philippe Coutinho membuat hantaran yang disudahkan Neymar.

Ketika perangkap ofsaid yang cuba dicipta Jepun tidak menjadi, Neymar diberi masa yang banyak untuk melarikan bola sebelum menghasilkan gol kedua mengatasi Kawashima.

Okazaki yang dibantu pemain gantian Keisuke Honda, terus mengancam tetapi rembatannya sekadar singgah di tiang.

Neymar hampir melengkapkan hatrik apabila dia memperdayakan pertahanan Jepun, tetapi rembatannya sekali lagi tersasar.

Kaka masuk sambil diberikan tepukan gemuruh penonton dan dia pantas mencipta gerakan, tetapi tandukannya terkena palang.

Bagaimanapun, pemain Jepun gagal mengeluarkan bola dan Neymar tiba tepat pada masanya untuk menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-77.

Empat minit kemudian, Neymar melengkapkan gol keempat hasil hantaran silang Kaka.

Jepun cuba bangkit menerusi Yoichiro Kakitani, tetapi cubaannya lemah dan mudah diselamatkan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");