Berita Hari Ini

Pacu sektor pelancongan

Kuala Lumpur: Imbuhan untuk merangsang industri pelancongan yang merupakan komponen penting dalam sektor perkhidmatan, pelaburan yang lebih besar dalam pendidikan dan langkah memastikan perumahan mampu dimiliki adalah antara cadangan dalam senarai harapan bagi Bajet 2015.

Hartawan penerbangan Malaysia dan pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mahu kerajaan mencari kaedah inovatif bagi memacu industri pelancongan negara ini agar terus menyumbang kepada pendapatan negara.

“Adalah penting memastikan pelancongan berkembang kerana ia mewujudkan peluang pekerjaan yang besar,” katanya.

Beliau berkata adalah suatu yang hebat sekiranya kerajaan menyediakan insentif bagi hotel serta membenarkan lebih banyak kempen pemasaran memacu industri yang kritikal dalam menarik wang pelancong di samping meningkatkan pelancongan domestik.

Walaupun negara melalui beberapa bencana, beliau berkata, Malaysia perlu membina industri pelancongan yang hebat dan menjaganya bagi mengembalikan kegemilangannya.

Fernandes mengakui agak sukar kerajaan menyediakan belanjawan akan datang ini memandangkan semua orang mahu sesuatu, tetapi pelaburan pelancongan merupakan pelaburan dalam pekerjaan.

Mengenai pendidikan, beliau berkata, ia pelaburan terbaik bagi kerajaan untuk rakyat.

“Saya suka melihat sistem pendidikan diberikan rangsangan. Kita mengeluarkan perbelanjaan besar dalam pendidikan, tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana membelanjakan wang,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar sejumlah wang diperuntukkan untuk sukan, seni dan drama supaya kanak-kanak menjadi kreatif dan serba boleh.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Menteri Pelajaran juga merasakan Bajet 2015 perlu melihat kepada usaha menaik taraf sistem pendidikan.

“Terdapat ruang penambahbaikan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mengubah keperibadian rakyat,” katanya.

“Tidak baik memberikan mereka pengetahuan tanpa melatih mereka bagaimana menggunakannya dan aspek itu diabaikan,” katanya. – BERNAMA

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");