Jenayah

Padah guna cop palsu, dipenjara 12 bulan

TELUK INTAN – Kelicikan seorang warga Indonesia dengan melakukan pelbagai taktik untuk tinggal lebih lama di negara ini akhirnya memakan diri, apabila dia dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan, di sini, kelmarin atas tiga pertuduhan melanggar undang-undang Akta Imigresen.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, lelaki berusia 24 tahun dikenali Mohd Rusdi Fadzli dari Medan, Sumatera Utara itu ditahan di kaunter pemeriksaan imigresen Teluk Intan di Pelabuhan Marble Gadaffi, Parit 4, Sungai Sumun, Hutan Melintang pada 9 Oktober lalu.

Menurutnya, ketika ditahan, lelaki itu didapati melakukan kesalahan menggunakan cop palsu Jabatan Imigresen untuk memalsukan dokumen perjalanan.

“Ketiga-tiga pertuduhan itu adalah kerana menggunakan cop palsu, memegang pasport Malaysia tinggal lebih masa selama 9 bulan 23 hari di negara ini dan memiliki dua pas lawatan sosial yang didapati palsu masing-masing di bawah Seksyen 15 (1) dan Seksyen 56 (1) (L) Akta Imigresen 1959,” katanya.

Beliau berkata, hukuman itu sebagai iktibar kepada warga asing supaya perlu mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di negara ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, kesemua 28 lelaki dari Bangladesh dan 24 wanita dari Myanmar serta China yang ditahan Jabatan Imigresen Ipoh baru-baru ini, turut dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan

Khairul Anuar berkata, kesemua warga asing itu melakukan pelbagai kesalahan termasuk masuk secara haram ke negara ini, tinggal lebih masa dan memiliki pasport serta cop pas lawatan palsu Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut dan kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen Langkap,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");