Jenayah

Pembantu Penguasa Kastam dijel

TAIPING – Seorang Pembantu Penguasa Kastam dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, atas tuduhan mencuri wang berjumlah RM300 di sebuah kedai runcit.

Majistret Eyu Ghim Siang menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Haminuddin Mohd Hair, 40, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Haminuddin dari Taman Simpang, dekat sini, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada kira-kira jam 4.30 petang, 13 Mei tahun lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM300 dari sebuah kedai runcit di Pekan Sungai Kerang, Trong.

Dia didakwa melakukan kesalahan mencuri itu pada 13 Mei tahun lalu, kira-kira jam 4.30 petang selepas menunjukkan kad kuasa kepada seorang wanita, iaitu ibu kepada pemilik kedai dengan memberitahu bahawa dia menjual barang salah dan meminta wang.

Tertuduh kemudiannya bertindak mengambil tiga ikat wang dan setiap satunya berjumlah RM100.

Sebaik tertuduh keluar dari kedai tersebut, pemilik kedai terserempak dengan tertuduh yang kemudiannya masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah.

Pemilik kedai kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Padang Gajah dan tertuduh berjaya ditahan dalam satu sekatan jalan raya.

Hasil pemeriksaan terhadap tertuduh, pihak polis turut menyita sebuah beg duit berwarna hitam mengandungi logo Jabatan Kastam, kad pengenalan, kad kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang dan wang tunai berjumlah RM283.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan jika sabit kesalahan kali kedua atau yang kemudian boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");