Categories: Membawang Hari Ini

Penangan Bila Hati Berbicara

PELAKON baru yang kini sedang giat menempa nama di Malaysia, Atikah Suhaime mengakui berdebar menantikan respons penonton terhadap drama terbaru lakonannya, Bila Hati Berbicara.

Selain Atikah drama ini turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya.

Drama adaptasi dari novel Bila Hati Berbicara, terbitan Buku Prima, Grup Buku Karangkraf ini mula menggamit penonton di slot Akasia, TV3 bermula semalam, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Merupakan hasil karya Antasya Balkhis, drama bersiri 32 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Amy Maziah.

Menurut Atikah, Bila Hati Berbicara merupakan drama pertama yang menyaksikan dia membawakan watak utama.

“Saya membawa watak sebagai Tania Katsura, seorang gadis setinggan yang lemah lembut, namun tegas dalam mempertahankan haknya selepas Emir Qasya (Syafiq) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat serta keturunan, mahu membangunkan tempat yang didiami Tania.

“Saya akui amat berdebar menantikan respons daripada penonton apatah lagi, drama ini diadaptasi daripada novel terkenal, jadi tentulah ia akan mempunyai golongan peminat yang tersendiri.

“Secara tidak langsung, saya hanya akan menerima dua sahaja maklum balas, sama ada orang suka atau tidak. Apa pun saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan andai watak Tania itu tidak seperti apa yang mereka bayangkan,” katanya kepada Zass.

Bagaimanapun ujar Atikah, dia tidak membawakan watak ini sambil lewa, apatah lagi, pengarah banyak membantunya membina karakter dan memastikan dia dapat membawa watak Tania dengan baik.

“Mula-mula berlakon, saya sering dimarahi kak Amy, kadang-kala saya rasa geram dan tertanya-tanya, apa yang dia mahu? Tapi selepas mereka tunjukkan sedikit sedutan episod satu kepada saya, barulah saya faham apa yang kak Amy mahu.

“Walaupun dimarahi, saya puas hati kerana sekurang-kurangnya kak Amy berjaya membentuk watak Tania dengan baik. Paling penting, saya berharap drama ini diterima dengan baik kerana ia diolah sedikit agar setiap punchline dalam drama ini sampai
kepada penonton,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbaru, Kelibat pada 6 November depan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Leave a Comment
Share

Recent Posts

Terdesak perlukan dana untuk COVID19, Benarkah kaedah tender spektrum 5G sebenarnya merugikan negara?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan telah menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), bagi…

2 days ago

Massimo perkenal roti multigrain dengan barli

Pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium…

3 weeks ago

Pemandu Hilang, Treler Masuk Tasik

Gua Musang: Pemandu hilang selepas treler dipandunya terjunam ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan…

3 months ago

Pelajar Tahfiz Cedera Tercucuk Kepala Paip Besi Pada Perut

MELAKA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas tercucuk kepala paip besi…

3 months ago

COVID-19: PM Nafi K’jaan Tak Bersungguh Tangani Pandemik

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam memerangi pandemik COVID-19…

3 months ago

Bersatu Selangor Bantu Mulakan Saman Ganti Rugi Kes Pukul Pengawal Peribadi

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Selangor akan membantu dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh…

3 months ago