Jenayah

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut sehingga 6 November

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di ESSZONE dilanjutkan bagi fasa ketujuh mulai esok sehingga 6 November ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pelaksanaan perintah itu mendapat persetujuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi terus mengukuhkan keselamatan perairan pantai timur Sabah.

“Perintah berkurung dilanjutkan atas beberapa faktor antaranya bagi menjamin keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan di pantai timur Sabah, selain mengekang aktiviti penyeludupan dan memudahkan tugas agensi penguatkuasaan di enam daerah berkenaan.

“Kita juga mendapat sokongan daripada pengusaha pelancongan dan pelancong agar ia diteruskan daripada semasa ke semasa.

“Perintah berkurung ini juga tidak menjejaskan ekonomi khususnya nelayan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.

Penguatkuasaan bagi fasa ketujuh itu membabitkan ialah mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti sebelum ini.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");