Perak Hari Ini

Projek Pembinaan Masjid Di Daerah Manjung Terus Dipantau

PERAK TODAY7

Menteri Besar Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mengadakan lawatan khusus bagi memantau perkembangan projek pembinaan masjid di sekitar Daerah Manjung.

Pemantauan berterusan itu bertujuan memastikan projek tersebut berjalan lancar atau sebaliknya, katanya.

“Kita dapati ada projek membina masjid yang besar saiznya agak terlewat dari segi pembinaan dan saya sendiri akan pantau dari segi kualiti pembinaannya dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek membina Masjid Arfiah, Kampung Batu 3, dekat Segari, pagi tadi.

Lawatan dan pemantauan tersebut ujarnya, juga penting supaya pembinaan setiap masjid di daerah itu mengikuti piawaian yang ditetapkan.

“Beberapa pandangan telah diberikan mengenai proses pembinaan masjid ini untuk diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab,” jelasnya.

Selain itu, tindakan segera katanya, perlu diambil bagi memastikan supaya masjid yang sedang dibina dapat digunakan oleh umat Islam di kawasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya masih belum berpuas hati dengan proses pembinaan masjid di kawasan Daerah Manjung dan kita sendiri turun padang untuk memantau tahap perkembangan projek,” ujarnya lagi.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke tiga masjid terpilih iaitu Masjid Kampung Tersusun Batu 17 Lekir , Masjid Arfiah Kampung Batu 3, Segari dan Masjid Kampung Teluk Muruh, dekat Lumut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");