Laporan Eksklusif

Punca Tiba-Tiba Badan Hak Asasi Manusia (HAM) Bersuara Demi Anwar

Dalam percubaan hari-hari terakhir sebelum keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan, media Malaysia dapat mengesan satu lagi campur tangan pihak asing terhadap isu rakyat asasi manusia apabila Pengarah Human Right bagi Asia, Phil Robinson mengeluarkan kenyataan kerajaan perlu menggugurkan kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alasan yang diberikan ialah perbicaraan itu berlandaskan tuduhan politik untuk menutup dan mengekang kegiatan Anwar untuk menumbangkan kerajaan.

Ini satu lagi bentuk serangan atau provokasi terhadap sistem perundangan dan mahkamah di Malaysia dalam siri cubaan pihak asing untuk membebaskan Anwar.

Media Malaysia sendiri pastinya hairan kenapa pihak asing cuba campurtangan dalam isu hak asasi di negara ini.

Selepas diteliti, rupa-rupanya wujud satu rancangan atau tindakan tersusun untuk menekan kerajaan Malaysia dalam isu hak asasi manusia khususnya dalam kes perbicaraan Anwar.

Rupa-rupanya Hak Asasi Manusia (HAM) telah ‘disedekahkan’ sejumlah RM100 juta daripada kawan baik dan teman rapat Anwar sendiri iaitu George Soros sebagai ‘fund injection’ untuk melicinkan pergerakan HAM dan seterusnya menekan kerajaan Malaysia dalam kes Anwar.

IMG-20141024-WA0004

HAM tiba-tiba berlagak seperti malaikat bila berdepan dengan kerajaan Malaysia tetapi berpeluk tubuh terhadap keganasan yang dilakukan oleh segelintir tentera kerajaan Thai terhadap penduduk minoriti di selatan Thai dan gerakan penghapusan etnik dan budaya di Burma terhadap org Islam Rohingya.

Yang sebenarnya bukanlah HAM ini berpengaruh sangat. Imej HAM pun dah tercalar teruk dan mereka yang terlibat dalam gerakan HAM ini sebenarnya merupakan kuda-kuda politik kepada agenda Barat.

Apa yang sebenarnya terjadi ialah Anwar sudah tahu dalam siri-siri jelajah menagih simpati terhadapnya dari beberapa negara luar, mereka telah menegaskan Anwar harus selesaikan sendiri masalah liwatnya dengan Saiful dalam perbicaraan terbuka mahkamah dan tak perlu menagih simpati sini sana akibat perbuatannya sendiri.

Sokongan daripada negara-negara ini juga menurun dengan mendadak. Makanya tanpa segan silu Anwar berniat ‘MEMPERKUDAKAN’ badan dunia seperti SUHAKAM dan HAM untuk menyebelahinya.

Jadinya untuk minta tolong secara langsung memang mustahil. Jadi, apa yang Anwar buat? Anwar harus menggunakan seseorang yang benar-benar mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa untuk ‘meremote-controlkan’ HAM demi kepentingan dirinya.

Lalu, Anwar menelefon kawan dan teman rapat seperjuangannya dalam isu keselamatan Israel, GEORE SOROS untuk ‘pump in extra funding’ bagi badan dunia ini lalu meminta pula jasa baik orang-orang kuat di HAM untuk ‘back up’ Anwar dalam isu perbicaraannya.

Maka tanpa segan dan menganggap ORANG DAN RAKYAT MALAYSIA TAK AKAN NAMPAK, mereka telah bersuara menekan kerajaan Malaysia dalam kes Anwar.

Konon-kononnya merekalah badan yang benar-benar ‘transperant’ membela Anwar atas alasan hak asasi manusia yang bernama Anwar.

Apa yang badan dunia ini tak tahu ialah RAKYAT MALAYSIA TAHU APA YANG MEREKA DAPAT DAN TERPAKSA BUAT TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA UNTUK BALAS BALIK BUDI GEORGE SOROS.

RM100 juta is nothing bagi George Soros untuk bantu Anwar berbanding jika Anwar menang perbicaraan ini seterusnya boleh pula menang PRU-14. More than ratusan juta ringgit akan datang balik kepada Soros jika Anwar menang time tu kan. Konon-konon ikhlas sangat nak bela Anwar!!!

– Salleh Harisnuri

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Perak Today.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");